Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup suami wanita berkenaan selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup.
Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi.
“Mengesyaki ada sesuatu tak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya. Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu.
“Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan,” katanya. mymetro
No comments:
Post a Comment