KOBLENZ : Kes perbicaraan seorang
lelaki Jerman yang mengaku dia melakukan hubungan seks dengan seorang
anak perempuan tirinya sehingga memperoleh tujuh orang anak bermula di
sini semalam.
Lelaki itu yang berusia 48 tahun dan
dikenali sebagai Detlef S., berdepan 350 dakwaan mencabul dua gadis
bawah umur dalam jagaannya di antara tahun 1987 hingga 2010 selain 35
dakwaan mengadakan hubungan seks dengan juvenil.
Dia berdepan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah.
Menurut kertas pendakwaan, defendan
mula mencabul anak tirinya itu yang merupakan pasangan kembar pada 1987
ketika mereka berusia sekitar empat tahun.
Kedua-dua anak tirinya itu kini berusia 28 tahun.
Tiada pengakuan dibuat manakala peguam tertuduh mengaku anak guamnya adalah bapa tujuh anak si mangsa.
“Anak guam saya mengaku bapa kepada
anak-anak itu dan ia bukan sebahagian pertuduhan terhadapnya. Dia tidak
bersalah sehingga terbukti sebaliknya,” kata peguam tersebut.
Tertuduh ditahan sejak Ogos tahun lalu selepas seorang anak perempuan tirinya membuat laporan polis. by mm
No comments:
Post a Comment