Tukang urut wanita yang ditahan bersama pelanggannya dalam serbuan Khamis lalu.
KOTA BHARU-Tindakan seorang tukang urut
wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi
mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini,
petang Khamis lalu.
Dalam operasi terbabit, wanita berusia
lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang
menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga
menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar
pintu bilik.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan,
Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya
turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang
mendapatkan perkhidmatan mengurut.
“Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan
operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita
yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan
MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada
pihak jabatan agama.“Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki.
“Pihak kami memandang serius aktiviti
seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan
spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. Perbuatan ini salah di
sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga
batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim,” katanya. kbdc
No comments:
Post a Comment