Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dan memerintahkan hukuman berjalan serentak.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh yang berasal dari Durian Tunggal didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di sebuah rumah di kawasan sama, masing-masing kira-kira jam 4 petang Oktober tahun lalu, dan kira-kira jam 11 malam Mac lalu.
Tuduhan terakhir
Untuk pertuduhan keempat dan terakhir, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa di dalam sebuah kereta jenis PROTON Iswara di kawasan berhampiran Pantai Klebang, di sini, masing-masing kira-kira jam 8 malam 18 September dan 8.30 malam 20 September lalu.
Berikutan itu, tertuduh yang mempunyai enam anak didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.
Zaharah dalam penghakimannya berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh disabitkan dengan lima pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
“Kamu (tertuduh) bernasib baik kerana ditangkap lebih awal dan dapat mengelak daripada terus melakukan perbuatan itu (sumbang mahram) terhadap anak sendiri. Saya berharap kamu insaf apabila berada di penjara nanti,” katanya. BH
No comments:
Post a Comment