Pages

Saturday 13 October 2012

Cara Kikis Sikap Buruk Suami Di Ranjang



Dalam kehidupan seks setiap lelaki pasti mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk dikikis. Ia mungkin dilakukan tanpa disedari atau dimaklumi tapi tidak mampu diatasi biarpun sudah dicuba berkali-kali.

Sebagai isteri, anda haruslah lebih bijak untuk mengatasi masalah sebegini agar hubungan tidak terjejas kerananya. Jangan sekali-sekali lupa bahawa lelaki amat tinggi egonya . Kerana itu dia akan melakukan sesuatu bagi melindungi perasaan ego dan cemburu. Antara tabiat buruk suami anda mungkin seperti di bawah ini.

Tragedi Seks Cepat

Bayangkan situasi di mana anda terlalu ingin melakukan hubungan kelamin. Pastinya yang didambakan ialah sentuhan, belaian dan pujukan dari pasangan. Di fikiran, terbayangkan satu hubungan yang penuh dengan keseronokan malah berlangsung dalam tempoh masa yang lama.

Tetapi yang berlaku pula sebaliknya. Seks yang diimpikan hanya sekelip mata, seakan-akan pasangan terlupa akan kehadiran anda di sisinya. Sekiranya ia berlaku maka jangan sekali-sekali anda diamkan.


Sebaiknya buat satu perjanjian biarpun ia bukanlah sesuatu yang terlalu serius. Katakan kepada pasangan, tiada salahnya untuk melakukan seks dalam masa yang singkat tetapi apabila anda menginginkan ‘sesuatu’ yang lebih maka suami bertanggungjawab untuk tunaikan permintaan tersebut. Barulah masing-masing ‘enjoy’ dengan nikmat tersebut.

Suami Jual Mahal

Pastinya hati merasa sakit apabila dakapan dan ciuman anda disambut pasangan dalam keadaan acuh tak acuh. Malu? Sudah tentu kerana anda seperti perigi mencari timba. Dalam situasi ini, anda harus bijak tanganinya.

Sekalipun pasangan bersikap dingin tetapi anda perlu tingkatkan usaha untuk menarik si dia kembali. Kikis emosi yang merosakkan dan berikan kata pujian serta rengekan manja yang mengharapkan si dia untuk berada di pangkuan anda. Percayalah, itulah sebenarnya yang suami inginkan dan semestinya selepas itu, dia yang akan menguasai keadaan.

Tidak Suka Berbincang

Ketika anda cuba membincangkan satu-satu masalah dengan pasangan, dia seakan cuba mengelak dengan bangun dari tempat duduk atau membuat kerja-kerja lain. Paling ketara, dia bijak mengambil perhatian dengan menukar topik perbualan atau memanggil anak untuk duduk bersamanya.

Sebagai isteri, anda perlu banyak bersabar, jangan cepat melenting dengan kelakuan kebudak-budakannya. Katakan dengan baik bahawa apa yang ingin dibincangkan itu adalah sesuatu yang penting dan perlukan fokus sepenuhnya.

Lebih baik apabila anda membuat temu janji dengannya bagi mendapatkan waktu yang lebih sesuai. Sekalipun dia suami anda tetapi sekali-sekala dia gemarkan layanan yang berbeza. Usah cepat putus asa ya.

Susah Memberi Penghargaan

Ada ketika anda ingin melakukan perkara-perkara yang romantik seperti menghantar jambangan bunga ke pejabatnya atau membeli hadiah sebagai tanda ekspresi cinta. Namun respons yang diterima pula sebaliknya apabila pasangan mengatakan anda terlalu boros dan membeli barang yang tidak digemarinya.

Sedih bukan apabila niat disalah erti tetapi nanti dulu. Jangan terburu-buru menghamburkan rasa marah anda kepadanya. Cuba cari masa yang sesuai dan renung dalam-dalam adakah pasangan anda tergolong sebagai individu yang ‘jiwang’ dan sentimental. Jika tidak, baik anda tukar strategi seperti menghidangkan menu kegemarannya yang sudah tentu disukai.

No comments:

Post a Comment