Pages

Showing posts with label tanda-tanda pasangan curang. Show all posts
Showing posts with label tanda-tanda pasangan curang. Show all posts

Monday, 17 September 2012

Ketahui Apakah Tanda-Tanda Bahawa Pasangan Anda Curang



Perubahan Tingkah Laku/ Minat

Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa berdating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya.

Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.