Pages

Friday 9 November 2012

Cara Pertingkat Prestasi Hubungan Seks!




Berikut adalah empat cara bagaimana hendak pertingkatkan prestasi hubungan seks.

Cara pertama : Makan makanan yang sihat

Makanan yang berlemak dan berminyak akan membuatkan otot – otot anda liat untuk bekerja. Akibatnya, anda akan jadi lemah ketika melakukan hubungan seks. Oleh itu, jaga makanan anda dan ubah gaya pemakanan anda kepada gaya pemakanan yang lebih sihat. Ambil buah- buahan dan elakkan minum minuman yang di pebuat dari susu pekat.

Cara Kedua : Guna akal fikiran ketika melakukan hubungan seks

Ketika anda melakukan hubungan seks, anda jangan terlalu gelojoh dan terburu – buru. Gunakan akal fikiran anda untuk mendapatkan kepuasaan. Maksudnya, anda perlu berfikir dan tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu tahu ketika bila anda harus bertindak dan ketika bila anda perlu berhenti. Tambahkan ilmu di dada dan lakukan hubungan seks berdasarkan pengetahuan bukannya gelojoh.

Cara ketiga : Mantapkan fizikal diri

Hubungan seks banyak menggunakan tenaga dan melibatkan banyak pergerakan otot – otot terutama otot pinggang hingga ke otot lutut bagi lelaki dan otot perut hingga ke peha bagi wanita. Apabila anda mantapkan fizikal diri, otot – otot anda akan bertambah kuat dan boleh bertahan dari rasa lenguh ketika melakukan hubungan seks. Secara tidak langsung, anda boleh mengadakan hubungan seks dalam masa yang lama..


Selain itu latihan fizikal juga akan membuatkan anda rasa segar dan mempunyai keyakinan untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan anda.

Cara Keempat : Lakukan apa sahaja yang pasangan anda suka

Ambil tahu apa yang pasangan anda mahu anda lakukan terhadap dirinya ketika mengadakan hubungan seks. Kemudian anda ikut saranan pasangan anda. Selain itu, anda beritahu juga pada pasangan anda apa yang anda mahu darinya. Lama kelamaan hasil kerjasama anda berdua akan beri kesan yang positif pada hubungan seks. by mm

No comments:

Post a Comment