Sunday, 18 November 2012
Tips Jimak Malam Pertama
Malam pertama adalah malam yang di nanti – nantikan bagi pasangan yang baru berkahwin. Ini kerana pada ketika itulah mereka yang baru berkahwin ini akan melakukan hubungan seks buat kali pertama dalam perkahwinan mereka.
Terma malam pertama bukanlah bermakna hubungan seks perlu di lakukan pada malam hari tetapi bermaksud buat kali pertama.Bagi pasangan yang baru pertama kali ingin melakukan hubungan seks, berikut ada beberapa tip untuk anda.
Jangan gelojoh ketika ingin memulakan hubungan seks bagi kali pertama kerana gelojoh akan membuatkan anda tertinggal bahagian yang menyeronokkan. Seks bukanlah hubungan nafsu tetapi adalah hubungan cinta. Jika anda gelojoh, anda akan tertinggal bahagian menyatukan cinta bersama pasangan anda di mana bahagian inilah yang menentukan sama ada hubungan seks anda akan jadi sesuatu yang memberi nikmat atau tidak.
Mulakan aktiviti pemanasan dahulu seperti saling mengurut, saling mencium dan saling meluahkan kata – kata cinta. Apabila diri anda sudah panas, anda akan automatik pergi ke peringkat seterusnya iaitu hubungan seks. Hubungan seks akan jadi lebih nikmat jika anda berdua bersedia dan rela untuk lakukannya. Aktiviti pemanasan akan membantu anda berdua untuk bersedia.
Buang segala tekanan dan jangan berfikiran negatif. Ramai pasangan tidak berjaya merasai nikmat melakukan seks pada kali pertama kerana mereka terlalu tertekan dan berfikiran negatif. Tekanan akan membuatkan seseorang ingin cepat menyelesaikan sesuatu. Apabila anda tekad untuk habiskan hubungan seks secepat mungkin, ia tidak akan beri anda apa – apa nikmat.Anda relakskan diri dan lakukan hubungan seks dengan perasaan seronok.
Fokus untuk gembirakan pasangan anda dengan memberi dia rangsangan yang dia perlukan. Jangan pentingkan diri sendiri.
Jika anda perhatikan kebanyakan tip yang saya nyatakan di atas adalah berdasarkan pemikiran dan emosi. Saya tekankan dua perkara ini kerana dua perkara ini yang akan menggerakkan diri anda ketika melakukan hubungan seks. Hubungan seks anda akan mahir berdasarkan pengalaman. Namun, sebelum itu anda perlu ada corak pemikiran yang betul dan perlu pandai mengawal emosi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment