Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Mat Jais Kamos
Sungguh menyedihkan, manusia yang dikurniakan akal, rupanya lebih dangkal fikiran mereka dan zalim berbanding haiwan.
Adakah keruntuhan moral ini membuktikan firman ALLAH SWT bahawa dunia akhir zaman akan menyaksikan manusia tidak lagi takut dan malu melakukan kemungkaran? Baru-baru ini, seorang ibu muda tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.
Ke mana hilangnya naluri seorang ibu? Jerih payah mengandung dan melahirkan ditolak tepi asalkan dosa yang dilakukan “terhapus” dari pandangan mata.
Ikuti wawancara Sinar Harian Online bersama Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Mat Jais Kamos bagi mengupas dan merungkai konflik anak muda yang rela hidup bergelumang dosa demi melampiaskan nafsu serakah.
SINAR HARIAN ONLINE: Boleh ustaz terangkan maksud zina dari sudut pandangan Islam?
MAT JAIS: Definisi zina ialah berlaku persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa berlaku akad yang sah. Ini yang banyak berlaku di kalangan masyarakat kita sejak kebelakangan ini. ALLAH SWT sendiri ada berfirman dalam surah al-Israa' ayat 32 yang membawa maksud," dan janganlah kamu